Saturday, December 18, 2010

~SALAM TAKZIAH~

Assalamualaikum~
Salam takziah di ucapkan kpd keluarge Allahyarham Datuk Sulaiman Taha(ADUN Tenang)..
Pemergian seorg pemimpin yg dah byk bjase kpd pnduduk Labis dan Chaah(kg. ku)..
Pemergian beliau amatlah di rasai..


SEGAMAT: Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Datuk Sulaiman Taha, 59, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Paya Merah, Labis, dekat sini, kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pakar Ampang Puteri di Kuala Lumpur pada jam 1.10 pagi semalam, meninggalkan seorang isteri, Datin Noraini Yaakop, 34, dan tujuh anaknya berusia antara lapan tahun hingga 33 tahun.Allahyarham meninggal dunia selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.Noraini berkata, beliau bersama semua anak berada di sisi ketika suaminya menghembus nafas terakhir.

“Allahyarham meninggal dunia dalam keadaan tenang dan rahmat baginya apabila hembus nafas terakhir pada hari Jumaat iaitu hari yang baik,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Turut melawat jenazah ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Mohamed Ali Hassan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Latiff Yusoff dan Timbalan Speaker yang juga ADUN Buloh Kasap, Datuk Othman Jais.

Hadir sama, Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong; Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri; Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri Johor, Datuk Ahmad Zahri Jamil; ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat; ADUN Bukit Serampang, Tahir Taat dan Pegawai Daerah Segamat, Burhan Amin.
Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Labis untuk disembahyangkan sebelum dibawa ke rumahnya di Labis Park, dekat sini, kira-kira jam 5 pagi.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Segamat pada 24 November lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri keesokannya kerana masalah kencing manis serta jangkitan kuman dalam darah. Keadaan ini menyebabkan beliau terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Noraini berkata, walaupun Allahyarham seorang yang tegas, beliau bersikap penyayang terutama kepada anggota keluarga serta sentiasa mengambil berat perkembangan di sekeliling selain melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemimpin.




Semoga roh nya di cucuri rahmat...
al-fatihah~

Glitter text generator

No comments:

Klik Sini!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...