Thursday, August 4, 2011

~Siapa Al Mawlid??~

Assalamualaikum............
Alhamdulillah hari ni da masuk hari ke-4 puasa...

Korang penah dengar tak nama Al Mawlid???
Sape yang baca surat khabar kosmo hari mesti tahu siapa al mawlid.....
Al Mawlid ni sebuah kumpulan nasyid baru.....
Yang menariknye semua ahli kumpulan ni terdiri daripada ahli kumpulan innuendo, ruffedge dan VE...Seperti yang kite tahu genre lagu yang dibawa oleh mereka semua berentak r&b dan soul.....

  • Jika sebelum ini kebanyakan lagu-lagu mereka lebih menjurus ke arah mencintai wanita, kini lagu-lagu yang dipersembahkan adalah lebih kepada mencintai Allah dan Rasulullah.

  • Itulah yang kini diperjuangkan oleh Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Abdullah Ahmad (Lah VE), Zafri Nazarudin (Zaf VE), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge).

  • Menurut Amer, ketika ini ahli kumpulan nasyid tersebut dianggotai oleh tujuh orang termasuk Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir (Taj Innuendo), Syed Mohammad Syed Abdullah (Mode Ruffedge), tetapi buat masa ini cuma mereka berlima yang akan bergerak secara aktif terlebih dahulu.

  • Ujarnya, sejak beberapa tahun yang lalu, mereka semua mengikuti kelas agama yang dibimbing oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid pada setiap hari Jumaat di Surau Al Hidayah, AU3 Keramat dan hari Ahad di Madras Annur, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
  • Mengenai nama kumpulan pula, mereka sepakat untuk dikenali dengan nama Al Mawlid yang bermaksud kelahiran Rasulullah dan ia merupakan satu simbolik kepada kelahiran semula mereka dalam bidang nyanyian menerusi wadah perjuangan yang baru.
Alhamdulillah..........

Setakat ni single pertama mereka berjudul Cahaya Seluruh Alam telah dihasilkan oleh Amer...manakala Pot pula menghasilkan lagu berjudul Belaian Jiwa 1432...dan Lah akan mengeluarkan single berjudul Yang Penuh Dosa....

Nak tahu lagi lanjut boleh baca Kosmo!

Sebenarnye dulu aku ni peminat fanatik Ruffedge...tu yang excited semacam bile dapat tahu pasal al mawlid....hehehe.....

Ok la...Korang boleh dengar lagu dorang kat youtube.com ok....

Papai =)

Glitter text generator

5 comments:

aiman said...

Alhamdulillah.. harap yang terbaik.. makin ramai yg sedar..

Ezreen Zainol said...

tak sangka diaorg boleh jadi satu group yang sangat b'beza daripada group yang dulu.tahniah.harap2 lagu2 yang mereka hasilkan akan membawa orang2 muslim ke arah kebaikan dan sentiasa mementingkan agama Islam dari segalanya.inshaallah :')

Nur Afiqka said...

tu la kan...semoga artis2 yg lain pn akan ikut jejak langkah dorang kan...hehehhee...

wanieychan said...

amboi2...cik pika da jd reporters ni...kekekekeke...

Nur Afiqka said...

aq da tkr profession...dari LA ke reporters...hahahaha~

Klik Sini!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...