Tuesday, February 5, 2013

Choclate Moist Cake


Assalamualaikum......

Sejak 2 3 hari ni Johor asyik hujan je...bila petang mesti rase lapar...tetibe teringin nak buat kek coklet moist...check barang buat kek sume ade...so ape lagi mula la operasi...hehehe...kalo korang nak tau ini la first time aku buat kek coklet kukus...selama ni pakai oven je..pakai kukus pun sebab oven rosak...ini jugak first time buat kek pakai tepung gandum..dan gunakan minyak masak serta tak guna marjerin dalam kek..hahaha... ok jom tengok macam mane buat....

Bahan-bahan:

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko (lagi sedap kalo guna coklet masakan)
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda

Bahan B
3 biji telur ayam
1 cawan gula castor

Bahan C
1 tutup essen vanila
1/2 cawan susu pekat
3/4 cawan minyak masak

1 cawan air suam

Topping:
2 sudu marjerin
1 sudu serbuk koko
3 sudu susu pekat
(cairkan marjerin dan gaul bersama serbuk koko dan susu pekat..gunakan double boiler)

Cara-caranya:
Ayak bahan A iaitu tepung gandum, serbuk koko, baking powder, baking soda dan masukkan dalam 1 bekas..
Gunakan bekas yang lain untuk pukul bahan B iaitu telur dan gula sampai kembang..
Setelah itu masukkan Bahan A iaitu tepung yang da ayak2 tadi tu selang-seli dengan air suam bersama-sama bahan B tadi..Gaul sebati...
Kemudian campurkan bahan C iaitu susu pekat, minyak masak dan essen vanila..Gaul sampai sebati..(aku gaul jew pakai mixer)..
Panaskan kukusan di atas dapur..
Marjerinkan loyang yang besarnya agak2 muatlah..jangan besar sangat jangan kecil sangat sebab kek ni x naik tinggi sangat pun..yang sedang2 saja....hehehe...
Lepas air kukusan da mendidih dan cukup panas bole la kukus kek tu dalam mase 30-40 minit (agak2 je)..
Selepas itu letakkan toping, hias cantek2 dan sedia untuk di makan....


Selamat mencuba dan selamt menjamu selera....heeeee =)



Glitter text generator

No comments:

Klik Sini!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...