Friday, July 10, 2015

~JUMAAT TERAKHIR DI BULAN RAMADHAN~

Hari ini hari Jumaat (10/07/2015) bersamaan dengan 23 Ramadhan 1436H, yang mana merupakan Jumaat terakhir di bulan Ramadhan. Alhamdulillah, kita dah hampir ke penghujung Ramadhan. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru je sambut puasa kan. Waktu2 macam ni mesti orang da sibuk cari baju raya, kuih raya, dan buat persiapan hari raya. Wahhh...seronok je tengok orang bershopping. Di corong2 radio pulak dah mula berkumandang lagu2 raya. Amboi, hati ni terasa macam dah ade kat kampung tapi jasad masih di bandar demi mencari rezeki (Mata masuk habok). Inilah dugaan buat perantau macam aku ni. Ehhh..macam lah jauh sangat merantau kan. huhuhu. Tapi tak kesahlah, mesti ada hikmah di sebalik ape yang berlaku. Lagi 6 hari nak raya ni, semoga semua amalan kita di bulan baik ni diterima olehNya. Buat yang terbaik untuk malam2 terakhir Ramadhan ni. Menjadi lebih pemaaf, bersedekah, dan lebihkan bersabar dalam segala kesulitan. Aminnn...

No comments:

Klik Sini!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...