Kali ni nak share cara-cara buat brownies..yeyyy.... Ini first time cuba buat brownies...dapat resepi dari kawan yang memang peminat dan selalu jugaklah buat brownies ni..hehehee.... Dialah sifu aku iaitu Ridzuani Salma..dan dia mengesahkan bahawa aku lulus untuk buat kek ni setelah merasainya...hehe.....
Ok mari mulakan...
Bahan2:
1 cwn mentega (cairkan)
1 cwn serbuk koko
4 bj telur
1 1/3 cwn tepung gandum
1 sk serbuk penaik
1 ½ cwn gula castor (ikut nak manis ke x)
1 cwn chip cokelat
½ sk essen vanilla
½ sk garam
Cara2:
- Cairkan marjerin dan gaul serbuk koko bersama.
- Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan
essen vanilla dan garam.
- Masukkan marjerin cair tadi. Gaul bersama telur
dan gula yang da kembang tadi.
- Masukkan tepung gandum.
- Masukkan chip cokelat.
- Masukkan dalam Loyang agak2 besar.
- Bakar 20-30 minit.
- Oven dalam 170 ‘c.
Inilah hasilnya...selamat mencuba...^^ |
1 comment:
Assalamualaikum, saya singgah sambil follow blog ni :)
Post a Comment