Friday, January 24, 2014

~Resepi Kimchi~

Assalamualaikum.......
hye uollsss....iollsss di sini mahu share la pasal resepi buat kimchi ni...ni semua pengaruh dari rancangan family outing dan running man la...iollss ni takde la fanatik sangat dengan kpop..tapi boleh la nak layan..semua ni sebab hero dia hensem jewww....hahahahahaa.....

Kimchi yang da siap packing
Ok mari lihat bahan-bahannya adalah:

Bahan pengasinan,
2 kobis panjang or napa cabbage (3.6kg)
garam secukup rasa untuk melumur pada kobis
lobak putih, (tapi sumpah tak sedap, so jangan letak kalau tak pernah makan)

Bahan bubur,
1/2 cup sweet rice floor (aku guna tepung pulut)
1/4 cup sugar
3 cup air

Bahan kimchi paste,
3 tablespoon serbuk cili Babas (agak2 sepedas rase)
1 cup sos ikan (agak2 je jangan sampai masin sangat)
2 large daun bawang,

Bahan blender,
1 bawang besar
3 ulas bawang putih (jangan terlebih nanti bau bawang kuat sangat)
1 inci halia,
oyster kalau suka, tapi aku tak suka, so tak payah letak nanti rasa lain.

Cara-caranya:

Kobis direndam dengan garam selama 2jam..rendam sampai 4jam kalau nak lagi masin
1. Basuh kobis sebersihnya.
2. lumur kobis dengan garam, pastikan rata,
3. Biarkan 2jam atau 4 jam
4. Basuh kobis dan bilas 3 kali,
5. toskan kobis and tekan bagi kobis jangan berair sangat.

Bubur untuk kimchi paste
1. campurkan tepung pulut dengan air dan panaskan sampai keluar bubble.
2. masukkan gula dan kacau dalam 1 minit, tutup api biarkan sejuk.
3. blender bawang besar, bawang putih, halia, campurkan sekali sos ikan
4. potong daun bawang saiz sederhana ikut korang,
5. dalam bekas yang lain masukkan semua bahan blender tadi seperti bawang besar, bawang putih, halia, dan campur serbuk cili, daun bawang
6. campurkan kimchi paste dengan bubur.
7. rasa kimchi paste kalau tak cukup pedas tambah cili, tak cukup masin tambah sos ikan. tapi pastikan jangan masin sangat sebab kobis dah masin,
8. ambil kobis masukkan dalam bekas kimchi paste lumur kimchi paste dengan kobis panjang, pastikan rata.
9. tekan kimchi supaya air kobis keluar sebelum letak dalam Tupperware.
10. masuk dalam fridge, tunggu 24 jam

ok.. x sampai 24jam lagi iollsss da bedal dulu..hahaha...
selamat mencuba...
selamat berkimchi.. ^_^
Makan dengan megi kari pon sodap
kredit to blog Super Daughter dan refer video Maangchi untuk lebih memahami.


Glitter text generator

No comments:

Klik Sini!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...